Sunday, September 18, 2011

~Ayat-ayat Selepas Kahwin~

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Tuesday, September 6, 2011

Indahnya Hidup Dihiasi Kemanisan Iman





Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya,
Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri.
Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya?
Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan,
Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya,
Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah,
Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya?
Masih terbukakah pintu-Nya untukku?
Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya?
Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang,
Jika digugat, pastinya terkoyak,
Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal,
Bagaimana untukku pelihara harta ini?
Agar terus terpelihara,
Dari noda dan dosa yang menghancurinya,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat,
Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah,
Kalah dengan permainan iblis terkutuk,
Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla.
Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,
Seorang insan yang hebat mempunyai Iman yang kental,
Tidak mudah tunduk dengan permainan hidup,
Seorang insan yang mempunyai Iman yang lemah,
Akan segera tunduk dengan permainan hidup,
Terus menyerahkan nasibnya tanpa terus berusaha,
Menganggap dirinya hina dan tidak mampu untuk berjuang.
Wahai semuanya,
Kemanisan Iman itu sentiasa ada untuk dirimu,
Terserah kepada kita untuk mencarinya,
Atau...
Melepaskan ia pergi.,,
-Artikel iluvislam.com

Monday, September 5, 2011

Tujuh Pertanyaan Kepada Ali dan Jawapannya


Ketika 'Ali k.w. ditanya tujuh masalah, 'Ali k.w. menjawab sebagai berikut:
Apakah ada sesuatu yang lebih berat daripada langit? "Tuduhan palsu itu lebih berat daripada langit."
Apakah ada sesuatu yang lebih luas daripada bumi? "Kebenaran itu lebih luas daripada bumi."
Apakah ada sesuatu yang lebih kaya daripada laut? "Hati yang qana'ah itu lebih kaya daripada lautan."
Apakah ada sesuatu yang lebih keras daripada batu? "Hati orang munafiq itu lebih keras daripada batu."
Apakah ada sesuatu yang lebih panas daripada api? "Penguasa yang zhalim itu lebih panas daripada api."
Apakah ada sesuatu yang lebih dingin daripada Zamharir (neraka yang sangat dingin)? "Berhajat kepada orang yang bakhil itu lebih dingin daripada Zamharir."
Apakah ada sesuatu yang lebih pahit daripada racun? "Mengadu domba itu lebih pahit daripada racun."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba (orang lain)." (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)
"Bukan termasuk umatku orang yang memiliki sifat hasud, suka mengadu domba orang lain, dan dukun; dan aku pun bukan termasuk golongannya."
source : Nashaihul Ibad - Imam Nawawi Al Bantan